Sunday, February 13, 2011

Sejarah Johor


Kawasan Johor sudah pun bermula pada tahun 800 sebagai suatu petempatan perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi pula salah sebuah jajahan pemerintahannya. Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah, SultanMelaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Johor di mana beliau mengasaskan Kesultanan Johor.
Kesultanan Johor pada akhir abad ke-16 dan ke-17 mengalami perjuangan pewarisan yang berturut-turutan. Ia juga sering mengalami serangan daripada pihak Portugis dan Aceh. Pada 1641, Johor menyokong pihak Belanda menewaskan pihak Portugis di Melaka dan pada1660, Johor telah menjadi sebuah entrepot yang maju.

Dipetik Dari:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...